Saturday, May 21, 2011

7 Tipudaya Syaitan ke Atas Umat Islam

BAB KEDUA: ASAL USUL PERMUSUHAN SYAITAN KEPADA MANUSIA.

Pada mulanya syaitan sudah sedia dicipta oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ini kerana syaitan adalah dari jenis jin dan makhluk jin pula telah sedia ada sebelum Adam ‘alaihi salam dicipta oleh Allah. Kemudian Allah mencipta manusia:



Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:

“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,

yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

[al-Hijr 15:28]



Setelah mencipta manusia, Allah memerintahkan para penghuni langit yang terdiri daripada para malaikat dan jin untuk sujud kepada Adam. Termasuk dari kalangan para penghuni langit ialah iblis. Akan tetapi memandangkan penghuni langit majoritinya ialah malaikat, maka mencukupi perintah sujud ditujukan kepada para malaikat sahaja. Maka bersujudlah para penghuni langit semuanya kecuali iblis:



Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kepada Nabi Adam.”

Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia

dari golongan yang kafir. [al-Baqarah 2:34]



Mengapakah iblis enggan sujud? Dalam ayat 34 surah al-Baqarah di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa sebab iblis enggan sujud ialah takbur. Apakah yang dimaksudkan dengan sikap takbur? Allah menjelaskannya dalam beberapa ayat lain. Para pembaca sekalian hendaklah memberi perhatian kepada penjelasan ini kerana mungkin sebahagian darinya ada pada diri kita sendiri tanpa disedari.



Takbur ialah sikap ujub.

Ujub ialah sikap yang merasa diri sendiri lebih hebat, lebih canggih dan lebih baik dari yang selainnya. Sikap inilah yang dimiliki oleh iblis sebagaimana ayat berikut:



Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu

daripada sujud ketika Aku perintahmu?”

Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan)

jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”

[al-A’raaf 7:12]





Takbur ialah sikap menghina orang lain.

Salah satu maksud takbur yang ada pada iblis ialah sikap menghina, sebagaimana dia menghina bahan-bahan yang menjadi asas penciptaan manusia:



Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut

bersama mereka yang sujud itu?”

Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang

Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering,

yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

[al-Hijr 15:33]





Takbur ialah mengunggulkan akal (logik) di atas perintah Allah.

Apabila diperintah untuk sujud kepada manusia, semua penghuni langit sujud kecuali iblis. Oleh kerana sikap takbur yang ada pada dirinya, ia merasakan tidak perlu segera taat kepada perintah Allah. Sebaliknya hendaklah dinilai terlebih dahulu adakah perintah tersebut logik atau tidak.



Setelah dinilai, iblis mendapati perintah tersebut adalah tidak logik kerana api dan tanah tidak berada pada kedudukan yang sama. Antara keduanya, tentu api lebih mulia dari tanah. Justeru takkanlah sesuatu yang dicipta dari api perlu sujud kepada sesuatu yang dicipta dari tanah?



Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:

“Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata:

“Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?”

[al-Isra’ 17:61]





Takbur ialah mempersoal perintah larangan Allah.

Setelah menilai bahawa perintah sujud kepada manusia adalah tidak logik, iblis bukan sahaja enggan sujud tetapi memberanikan diri menyoal Allah akan perintah-Nya! Perhatikan sikap iblis ini yang Allah ungkapkan dalam al-Qur’an:



Iblis berkata lagi (kepada Allah): “Khabarkanlah kepadaku,

inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?”

[al-Isra’ 17:62]



Demikian empat sikap takbur yang dimiliki oleh iblis yang menyebabkan ia dihalau keluar dari langit:



Allah berfirman: “Turunlah engkau dari (langit) ini,

kerana tidak patut engkau berlaku takbur di dalamnya;

oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.”

[al-A’raaf 7:13]



Hendaklah kita sentiasa berwaspada terhadap empat sikap takbur yang dimiliki oleh iblis, iaitu ujub, menghina, mengunggulkan logik atas wahyu dan mempersoalkan wahyu. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan sikap-sikap tersebut tidak lain agar kita mengambil iktibar darinya dan menghindari diri daripada bersikap dengannya. Hendaklah kita memiliki sikap rendah diri, memuliakan orang lain, tunduk kepada wahyu (al-Qur’an dan al-Sunnah) serta tidak mempersoalkannya.



Merujuk kepada penggunaan akal dan logik oleh iblis, maka manusia terbahagi kepada dua sikap yang ekstrim:



· Ekstrim Pertama adalah mereka yang mengunggulkan akal di atas wahyu sehingga mereka sentiasa tetap menilai sama ada sesuatu ayat al-Qur’an dan/atau al-Sunnah yang sahih adalah logik atau tidak. Jika logik mereka beriman kepadanya, jika tidak mereka kufur terhadapnya.[1]



· Ekstrim Kedua adalah mereka yang menafikan peranan akal terhadap wahyu sehingga mereka membiarkan al-Qur’an dan/atau al-Sunnah yang sahih sebagai huruf-huruf yang tercatit di atas lembaran-lembaran. Mereka tidak berusaha untuk memahaminya, melaksanakannya dan tidak berijtihad dalam persoalan yang dibolehkan oleh wahyu untuk diijtihadkan.



Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah berada di pertengahan di antara dua ekstrim di atas. Di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, akal ialah sesuatu yang bermanfaat jika ia digunakan sesuai dengan peranannya. Ini kerana orang yang berakal cemerlang ialah mereka yang tahu mendudukkan akal pada peranan yang dengan itu ia diciptakan. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah tidak mengunggulkan akal di atas wahyu dan pada waktu yang sama tidak menafikan peranan akal di dalam wahyu. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah berada di pertengahan, iaitu akal digunakan untuk memahami wahyu, berfikir cara untuk melaksanakan wahyu dan berijtihad dalam persoalan yang dibolehkan oleh wahyu untuk diijtihadkan.



Permusuhan iblis kepada manusia tidak berhenti dengan sikap takburnya, tetapi dilanjutkannya dengan permusuhan yang berkekalan sehingga Hari Kiamat. Setelah enggan sujud kepada manusia, iblis bertekad:



Iblis berkata: “Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat).”

[al-A’raaf 7:14]



Dalam tempoh tersebut, iblis secara khusus dan syaitan secara umum, berjanji akan bertungkus lumus mengganggu manusia dengan objektif utamanya:





Agar manusia menjadi sesat:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:



(Iblis berkata): Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat,

tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia),

kecuali sedikit (di antaranya).

[al-Isra’ 17:62]



Agar manusia menjadi kafir:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:



(Demikian) itu samalah seperti (sikap) syaitan ketika ia berkata kepada manusia:

“Berlaku kufurlah engkau!”

[al-Hasyr 59:16]



Agar manusia syirik kepada Allah:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkhutbah:



أَلاَ إِنَّ رَبِّي أَمَرَنِي أَنْ أُعَلِّمَكُمْ مَا جَهِلْتُمْ مِمَّا عَلَّمَنِي يَوْمِي



هَذَا كُلُّ مَالٍ نَحَلْتُهُ عَبْدًا حَلاَلٌ وَإِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ



كُلَّهُمْ وَإِنَّهُمْ أَتَتْهُمْ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ وَحَرَّمَتْ عَلَيْهِمْ



مَا أَحْلَلْتُ لَهُمْ وَأَمَرَتْهُمْ أَنْ يُشْرِكُوا بِي مَا لَمْ أُنْزِلْ بِهِ سُلْطَانًا .



Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhanku menyuruhku untuk mengajar kalian

apa yang kalian tidak tahu dan Allah telah mengajarku pada hari ini,

iaitu setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba

adalah halal dan sesungguhnya Aku mencipta hamba-hamba-Ku

semuanya dalam keadaan (fitrah yang) cenderung kepada agama yang lurus (Islam).



Akan tetapi syaitan-syaitan mendatangi mereka dan memalingkan mereka

dari agama mereka (Islam) dan mengharamkan ke atas mereka

apa yang Aku halalkan bagi mereka.

Dan syaitan-syaitan itu menyuruh mereka mempersekutukan Aku

dengan apa yang tidak Aku berikan keizinan kepada mereka.[2]





Agar manusia memasuki neraka:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:



Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,

maka jadikanlah ia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);

sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

[Fatir 35:06]



Dalam ayat keenam surah Fatir di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan bahawa syaitan adalah musuh kita dan dengan itu Allah memerintahkan kita untuk menjadikannya sebagai musuh juga. Untuk menjadikan syaitan sebagai musuh, kita perlu mengetahui ciri-cirinya agar dengan itu kita dapat mengetahui sifat mereka, sekadar mana kemampuan mereka dan bagaimana mereka bertindak. Ciri-ciri ini akan kita dedahkan dalam bab seterusnya insya-Allah.







************





Penjelasan Tambahan: Sebab sebenar syaitan menjadi sesat.



Dalam penjelasan di atas, kita mengetahui bahawa iblis enggan sujud kepada Adam kerana sikap takbur yang dimilikinya. Seterusnya kita juga telah memperincikan apa yang dimaksudkan dengan sikap takbur tersebut.



Akan tetapi dalam ayat 39 surah al-Hijr, iblis berkata bahawa yang sebenarnya menyebabkan dia tersesat ialah Allah dan bukannya sikap takbur. Perhatikan perkataan iblis di akhir ayat berikut:



Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut

bersama mereka yang sujud itu?”



Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia

yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering,

yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”



Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya,

kerana sesungguhnya engkau dari sekarang

ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.

Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus

hingga ke Hari Kiamat.”



Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian,

berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (Hari Kiamat).”

Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu,

maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.

Hingga ke hari - masa yang termaklum.”



Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,

(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan

(segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya

di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

[al-Hijr 15:32-39]





Dalam perenggan terakhir di atas, iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat…”, seolah-olah iblis menyandarkan segala kesalahannya dari awal (enggan sujud) hinggalah yang terkini (diusir dari langit) berpunca dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kemudian, perkataan iblis itu tidak pula dibantah oleh Allah.



Tanpa adanya bantahan dari Allah, apakah dengan itu perkataan iblis adalah benar dan ia bukan tuduhan semata-mata? Adakah sememangnya Allah yang sengaja menjadikan iblis takbur dan sesat sehingga diusir dari langit?



Persoalan ini dijawab bahawa kesalahan iblis secara keseluruhannya berpunca dari dirinya sendiri. Kesalahan tersebut bermula dari iblis yang memilih untuk bersikap takbur sehingga melawan perintah Allah untuk sujud kepada Adam. Atas pilihan iblis inilah Allah menyesatkannya. Ini kerana merupakan peraturan Allah (sunnatullah) bahawa sesiapa yang memilih untuk berpaling, melawan atau membantah dari perintah-Nya, maka Allah akan memaling orang tersebut dari hidayah-Nya sehingga menjadilah dia orang yang sesat. Ayat berikut menjadi rujukan:



Maka ketika mereka berpaling (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya),

Allah memalingkan hati mereka (dari mendapat hidayah);

dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah

kepada kaum yang fasik - derhaka.

[al-Saf 61:05]



Peraturan ini tidak saja berlaku terhadap perintah Allah tetapi juga berlaku kepada orang yang memilih untuk berpaling, melawan atau membantah perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:



Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya

kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain

dari jalan orang-orang yang beriman,

Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya.

[al-Nisa 4:115]



Maka apabila iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat…”, ia merujuk kepada tindakan Allah yang memalingkan iblis dari hidayah-Nya, mengusir iblis dari langit dan melaknatnya terus menerus hingga Hari Kiamat. Akan tetapi semua ini berlaku bukan kerana Allah tetapi kerana sikap iblis sendiri yang pada awalnya menentang perintah Allah.



Perkataan iblis “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat…” tidak dibantah oleh Allah kerana merupakan peraturan-Nya bahawa sesiapa yang melawan perintah-Nya, Allah akan menjadikan orang tersebut sesat.



Apa yang berlaku kepada iblis hendaklah dijadikan iktibar yang penting oleh kita semua. Apabila sampai ke pengetahuan kita “Firman Allah” atau “Sabda Rasulullah”, hendaklah serta merta merendahkan diri dan taat kepadanya. Jangan berpaling, melawan atau membantahnya kerana mungkin sahaja Allah akan memaling hati kita dari hidayah-Nya sehingga menjadilah kita dari kalangan orang-orang yang sesat.



Mutakhir ini telah menjadi satu kelaziman orang yang apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu ayat al-Qur’an atau hadis Rasulullah yang tidak selari dengan logiknya, mazhabnya, ajaran tok gurunya atau amalan kebiasaannya, dia berpaling, melawan dan membantah dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.



Ada yang cuba berdalih dengan menyalah-gunakan kaedah-kaedah usul fiqh, konon ayat tersebut terbatas kepada Asbab al-Nuzulnya (sebab-sebab turunnya), hadis tersebut terbatas kepada Asbab al-Wurudnya (sebab-sebab lahirnya), konon ‘illat (sebab) di sebalik perintah larangan ayat atau hadis itu telah hilang pada masa kini dan konon yang penting ialah tujuan syari‘at (maqasid) dan bukannya firman Allah mahu pun sabda Rasulullah.



Semua ini adalah sesuatu yang amat merbahaya kepada orang itu sendiri kerana mungkin sahaja dengan sikap sedemikian, Allah akan memalingkan hatinya dari hidayah-Nya sehingga menjadilah dia dari kalangan orang-orang yang sesat.



Sebaliknya orang yang apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu ayat al-Qur’an atau hadis Rasulullah lalu dia terus berpegang dengannya, Allah menambahinya dengan hidayah-Nya. Oleh kerana itulah, anda akan mendapati orang yang pada awalnya hanya berpegang kepada beberapa ayat al-Qur’an yang ditemuinya, Allah menambahinya dengan puluhan lagi ayat al-Qur’an. Orang yang pada awalnya hanya berpegang kepada beberapa hadis yang ditemuinya, Allah menambahinya dengan puluhan lagi hadis. Sehingga akhirnya menjadilah orang tersebut pakar al-Qur’an dan hadis sekali pun dia baru mengenal agama dalam masa yang singkat.



Al-Qur’an dan hadis yang sahih merupakan hidayah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala dan merupakan peraturan-Nya (sunnatullah) bahawa sesiapa yang akur menerima hidayah tersebut, Allah akan menambahinya dengan hidayah demi hidayah:



Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima hidayah), Allah menambahi mereka dengan hidayah,

serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.

[Muhammad 47:17]



Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah;

dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu,

lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

[Maryam 19:76]






--------------------------------------------------------------------------------

[1] Mereka yang bersikap seperti ini lazimnya berhujah dengan beberapa ayat al-Qur’an yang menyuruh manusia berfikir. Padahal jika dikaji dengan cermat ayat-ayat tersebut, akan diketahui bahawa:

Manusia disuruh berfikir, bahawa di sebalik pelbagai benda dan hidupan yang ada di alam ini, sudah tentu ada yang menciptanya. Fikirannya akan berbisik: “Mustahil semua ini berlaku secara kebetulan.” Maka dengan fikirannya, dia akan beriman kepada kewujudan pencipta dan pencipta itu tidak lain ialah yang sejak awal menyuruh dia berfikir, iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Manusia yang sudah mengenal Penciptanya, iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala, juga disuruh berfikir, bahawa akalnya memang bijak tetapi sudah tentu yang menciptakan akal itu jauh lebih bijak. Fikirannya berbisik: “Jika akal aku bijak, hendaklah ia tunduk mengikuti wahyu dan bukan menentangnya.” Maka dengan fikirannya, dia akan beriman kepada apa jua khabar dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ada pun orang yang menafikan wahyu atas alasan berfikir, maka dia sebenarnya telah menyalahgunakan pemikirannya. Bahkan dia sebenarnya belum menggunakan pemikirannya ke tahap kematangan yang maksimum.

Friday, September 17, 2010

Mengapa Aku Berhenti Merokok?


Mereka mengaut keuntungan atas kesengsaraan si perokok.

Itu tanggapan awal saya setiap kali kerajaan menaikkan duti eksais rokok dengan alasan "rokok membahayakan kesihatan."

Saya tidak pernah membantah tentang bahaya dan puakanya menghisap rokok ini.

Saya setuju malah agama sendiri telah membariskan surah yang melarang kita merosakkan tubuh badan dan membahayakan kesihatan.

Ramainya juga maklum perbahasan ini.

"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan," - Surah al-Baqarah, ayat 195

Bagi saya ayat ini terpakai bukan sahaja untuk yang merokok, bahkan jika kita memandu laju di jalan raya dengan mengundang celaka kepada nyawa dan orang di sekeliling kita, ianya juga satu larangan keras dari agama.

Ya, saya bukan nak berhujah tentang surah atau bercerita seperti orang yang pandai agama tetapi nak bercerita tentang natijah dan padahnya pengalaman yang saya lalui selama menjadikan rokok sebagai teman hidup.

Saya berjinak dengan rokok, sewaktu berusia 15 tahun ketika gelodak jiwa dan perasaan dihambur seribu macam masalah yang bertimpa.

Kononnya dengan merokok dapat menyelesaikan atau sekurang-kurangkan mengurang beban di fikiran. Begitulah dangkalnya minda yang belum matang.

Ternyata rokok sebagai teman duka lara tidak banyak membantu, bahkan menambahkan lagi satu masalah baru, iaitu ketagihan.

Dengan harga yang mahal, sebagai pelajar seperti saya, sering mencari akal dan alasan untuk meminjam atau meminta duit daripada sang ayah untuk memenuhi kehendak nafsu itu.

Mereka yang berhenti merokok setelah mendapat serangan jantung memiliki kemungkinan untuk meninggal 10 kali lebih sedikit dibandingkan mereka yang terus merokok.

Itulah sebabnya, kalau pelajar hisap rokok, mereka mesti 'steng' atau kongsi sikit seorang. Kadang-kadang sebatang kongsi lima orang.

Ianya sesuatu yang 'luxury' (mewah) dan sering digambarkan sebagai seorang yang mempunyai 'gaya dan keunggulan' dan dipandang hebat di mata ramai.

Itu dari sisi pandang seorang perokok. Bagi yang memandang, pasti menyampah!

Di asrama, aneka helah dicerna untuk memastikan ketagihan itu dapat dilunasi. Bayangkanlah, kalau ditangkap kerana menghisap rokok, tak cukup tanah dikerjakan cikgu sekolah.

Oleh itu pelbagai cara digunakan untuk menyembunyikan hanya sebatang rokok.

Antaranya sorok di sisi stoking, sebatang pen yang diubah suai, sesuai dengan saiz batang rokok, siling sekolah, batang-batang besi katil yang mempunyai lubang kecil dan 1001 macam cara untuk menjadi 'penjenayah' tidak bertauliah.

Saya menjadi 'social and regular smoker' pada usia 20an, ketika bertugas sebagai pengemaskini data dan sijil saham di sebuah syarikat saham di ibu kota.

Kerja adakalanya melangkaui, lewat masa dan tamat sehingga subuh hari. Mata kadang-kadang terpejam celik.

Justeru, kononnya untuk menahan mata menjadi 'terang', rokok dijadikan ubat penawar.

Seperti biasa, ubat yang disangka penawar hanyalah dongengan semata tetapi menambah bala, apabila mula batuk tak berhenti pula.

Yang disangka teman atau penawar, rupanya racun berbisa, tak bermata.

Tidak mudah berhenti merokok

Itulah sebabnya, saya simpati dengan si perokok dan sebenarnya tidak mudah untuk berhenti rokok.

Kalau sudah terjebak, cukup perit untuk berjuang meninggalkannya.

Saya berusaha berhenti merokok tiga kali sepanjang hidup ini. Fasa pertama ketika berusia 22 tahun. Berazam tekad dengan cara berdikit-dikit.

Dari 10 batang sehari, berkurang menjadi tujuh, kemudian tiga, seterusnya sebatang sehari. Akhirnya saya berjaya berhenti selama sebulan.

Terkejut juga badan. Tiga hari saya demam dan menggelisah. Macam orang ketagih dadah lagaknya.

Apatah lagi bila tengok kawan-kawan berkepul asap di depan mata.

Ada pula yang tidak menyokong, bahkan memberi rokok percuma berbatang-batang, supaya saya terus bersama seiring sejalan dengan mereka.

Kemudian, saya kembali semula menghisap. Kali ini lebih 'advance'. Dua kotak sehari. Satu rokok jenis biasa dan satu rokok jenis kretek.

Lebih parah, ketika saya membuat kerja-kerja buruh, menanam anak benih pokok getah di kaki bukit.

Rakan serta keluarga anda tidak hanya harus menghadapi penyakit akibat merokok yang anda alami, kebiasaan merokok anda juga akan meningkatkan risiko mereka untuk sakit dan meninggal.

Waktu kerja terik di bakar mentari, lebih gian dan kuatlah rokok dicucuh api.

Fasa kedua, saya cuba cara tradisional. Ambil kelapa muda, belah dan kemudian tembakau rokok di rendam di dalam air kepala itu. Lepas itu minum.

Cukup teruk rasanya dan cukup dramatiklah gayanya, apabila saya kemudiannya muntah!

Ya, bertahanlah saya selama 30 hari sahaja. Bau dan asap rokok cukup tidak menyenangkan.

Tetapi lama kelamaan, ketagihan itu melebihi daripada perasaan tidak mahu merokok.

Rupanya, bukan cara berhenti yang menjadi pokok pangkalnya, tetapi keazaman yang kuat.

Ada beberapa mitos, yang diceritakan bahawa tembakau rokok ini 'disemah' dan jampi terlebih dahulu.

Ada juga yang kata, yang ianya dibancuh dan disiram dengan arak terlebih dahulu.

Ada juga kata, rumput pertama yang dipijak syaitan, setelah ditendang keluar dari syurga itulah yang dinamakan tembakau.

Macam-macam cerita. Ada hadis dhaif dan palsu. Semuanya saya tidak tahu, yang saya tahu, ianya benar-benar membuatkan seseorang ketagih!

Kerajaan kaut untung atas derita si perokok

Sebenarnya selain Fasa Satu dan Fasa Kedua, telah ada beberapa siri kecil, saya berusaha mengadakan protes kepada rokok ini. Kerana pada saya ianya tidak menambah nilai atau memberi sebarang makna.

Cuma yang lebihnya ialah menambah satu penyakit demi penyakit dan menambah wang demi wang untuk menikmati ketagihan.

Malah sumpahan, cacian dan bencinya manusia kepada si perokok juga turut menjulang tinggi. Itu sahajalah yang menambah.

Itu tidak termasuk batuk berdarah, sakit dada, semput, sukar bernafas, pening dan tak bermaya.

Selain itu, menjadi seorang perokok ini bukanlah sesuatu yang membanggakan.

Bayangkan gaya hidup yang tidak sihat dan sanggup berkorban apa saja semata-mata untuk menyedut nikmat asap dan candu.

Saya sanggup bersusah payah keluar rumah jam 3.00 pagi, semata-mata, mencari bekalan rokok. Lihat betapa gian dan bahananya menghisap rokok.

Bila perokok menghentikan kebiasaanya, 79 % dari mereka akan bertambah berat badannya, namun pertambahan rata-ratanya hanya 2.3kg, bersenamlah segera!

Tidak cukup dengan itu, kita penting diri sendiri. Asap yang berkepul, dihidu insan tak 'berdosa' terutamanya si kecil yang tercungap-cungap, cuba menghirup udara nyaman.

Satu lagi, kalau ketandusan wang, ada masanya, terkial-kialnya mencari puntung-puntung lama, untuk dicucuh api, dan dihisap semula.

Macam orang gila, mengaih sampah. Betapa, malunya watak itu, kalau ditonton ramai. Tak percaya, tanyalah kepada yang pernah melalui saat getir itu.

Satu lagi sifat merokok ini, tidak mungkin tidak, ianya ada ciri-ciri seorang 'pengotor.' Tak mungkin tidak, seorang perokok, akan membuang rokoknya di mana sahaja, bumi dipijak dan puntung dijunjung.

Jalan raya, kaki jalan, taman bunga, ladang, bangunan, kubur malah kawasan hospital pun, tidak lepas dengan sikap pengotor ini.

Selepas itu, sudahlah ada ketagihan yang sukar dibendung, kerajaan pula ambil kesempatan kaut untung atas sengsara si perokok.

Betapa malunya menjadi sang perokok.

Sudahlah disumpah, dicerca oleh orang ramai kerana mempunyai tabiat yang tidak elok, kemudian dianiaya pula oleh kerajaan, dengan menaikkan cukai dengan tidak semena-mena.

Dengan alasan-alasan seperti ramai perokok yang tegar, masalah kesihatan perokok yang semakin meruncing dan gejala rokok di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa maka kerajaan seperti biasa mencari jalan mudah dan pintas menyelesaikan masalah tersebut dengan menaikkan harga rokok!

Seorang pembaca menimbulkan persoalan sama ada bersungguh dan ikhlas kerajaan dalam memerangi rokok yang telah dibuktikan membahayakan kesihatan ini atau barangkali, kerajaan lebih suka membiarkan gejala ini berleluasa dan berterima kasih dengan ketagihan perokok ini supaya dapat mengaut keuntungan yang banyak.

Pohon kepada Allah

"Memang benar sama ada dinaikkan atau diturunkan harga, fenomena rokok amatlah sukar dibendung secara total, tetapi membiarkan perokok mendapatkan bekalan rokok dengan mudah adalah satu tindakan kerajaan yang perlu dipersoalkan," katanya dalam satu laman surat pembaca dua tahun lalu kepada saya."

"Kerajaan dan umum mengetahui, perokok yang ketagihan akan terus berusaha dengan segala kepayahannya untuk mendapatkan bekalan rokok meskipun harganya terlalu tinggi," tulis pembaca itu.

Saya simpati kepada nasib perokok. Apalagi yang tinggal kepada si perokok kalau ketagihan mereka dipermainkan dan dijadikan umpan?

Tak mengapalah tetapi saya tidak ada cara lain lagi untuk berhenti merokok. Sudah cukup banyak ianya menyeksa saya. Wang, masa dan tenaga, dihabiskan untuk sebatang nan durjana ini. Saya tidak ada pilihan lain, melainkan berhenti dengan serta merta!

Macam-macam cara saya guna. Dan saya sering teringat kata seorang teman tentang rokok.

Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat.. oh yaa! dan juga merokok!

"Setiap hari, walaupun mungkin tidak haram tetapi kau buat kerja yang tidak disukai Allah, pasti sukar mendapat rahmat dari-Nya. Pasti, tidak ada kecukupan dan berkah dalam kehidupan," katanya membuatkan saya terkedu seketika.

Tidak ada cara lain, melainkan memohon pertolongan Allah. Allah sahaja yang tahu sengsaranya hidup sebagai sang perokok. Di luar bergaya, di dalam malapetaka.

Saya mula berdoa dengan melafazkan kata-kata khusus, supaya Allah 'mengkhatamkan' hati saya, untuk tidak merokok lagi.

"Ya Allah. Berhentikanlah tabiat menghisap rokok ini. Hanya pada-Mu sahaja yang berkuasa mengubah hati. Tutuplah hati dan perasaan ingin merokok ini. Aku tidak mahu merana lagi dan tidak mahu melakukan seuatu yang tidak kau redhai," pinta saya sewaktu sujud yang lama.

Bersungguh-sungguh saya pohon. Kerana saya yakin dan pasti, persoalan hati dan semangat yang kuat adalah urusan Allah untuk kabulkan.

Sehinggalah pada suatau malam sekitar akhir tahun 2005, ketika menyala sebatang rokok, mulut saya rasa begitu pahit dan tekak mula menjadi loya menjadikan hati saya terasa begitu mual, benci dan tidak mahu lagi untuk terjebak dengan ketagihan yang memalukan.

Alhamdullilah, doa saya yang tidak putus-putus untuk berhenti merokok, dikabulkan tuhan dan tuhan telah menyelamatkan saya sekali lagi.

Dan, kini sudah hampir empat tahun, hidup saya semakin tenang, fikiran makin matang dan nafas kembali segar dan udara untuk dihirup setiap pagi, di kala subuh terasa cukup nikmat!

Kepada yang berhajat untuk berhenti, sesungguhnya ruang pengampunan dan pertolongan Allah Maha luas, pintalah nescaya diperkenankan.

Kepada yang mahu juga mencuba, cubalah tetapi hadapilah 'azab' yang saya lalui selama 10 tahun menjadi sang perokok.

Kepada yang mahu mencuba, lupakan saja, kerana bimbang-bimbang sukar untuk kembali ke pangkal jalan!

Kepada yang ingin membantu, jangan caci dan hina si perokok tetapi bantu bimbing semangat mereka kerana mereka juga manusia biasa....

Info Penulis
Muhammad Azamin Muhammad Amin @ Azamin Amin adalah seorang penulis yang cukup profilik dengan karyanya seringkali mengisahkan perkaitan dengan kehidupannya serta menyentuh pembaca. Beliau kini merupakan seorang wartawan sebuah akhbar dalam talian tempatan. + azaminamin[a]yahoo.com

Monday, August 2, 2010

RAMADHAN AL MUBARAK


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Saturday, July 17, 2010

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

1) “Bahawasanya Nabi SAW paling banyak berpuasa (sunat) dalam bulan Syaaban. Apabila ditanyakan kepada baginda tentang itu, maka baginda pun menjawab: Orang biasa melupakan bulan itu (Syaaban) yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang diangkat segala amalan kepada Tuhan Seluruh Alam dan aku suka jika amalanku diangkat ketika aku berpuasa”.
(Direkodkan oleh Imam Ahmad dan An-Nasai)

Beberapa hadis tentang Malam Pertengahan Bulan Syaaban:

1) “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)”.
(Direkodkan oleh Ibnu Majah. Imam Sayuti kata: Hadis Lemah)

2) “Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan bulan Syaaban ke langit dunia maka diampunkan (dosa) yang lebih banyak dari rambut kambing Bani Kilab – Kabilah arab yang paling banyak kambing-”.
(Direkodkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani. Berkata Imam Tirmizi: Imam Bukhari menyatakannya Hadis Lemah)

3) “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”.
(Direkodkan oleh Ad-Dainuri. Imam Sayuti kata: Hadis Lemah)

4) Daripada Aishah RA berkata: Rasulullah SAW telah bangun malam dengan bersolat dan baginda telah memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda telah dicabut nyawanya.

Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: “Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”

Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.

Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam ini?”

Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.

Baginda berkata: “Ini adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para hambaNya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka diampunkan orang yang memohon ampun, dirahmati orang yang meminta rahmat…”.
(Direkodkan oleh Baihaqi: Hadis Mursal)

5) “Apabila datangnya malam pertengahan bulan Syaaban, maka hendaklah kamu hidupkan malamnya (dengan beribadat) dan berpuasa pada siangnya. Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam itu ketika terbenam matahari ke langit dunia seraya berkata: “Wahai orang yang memohon ampun, Aku ampunkan! Wahai orang yang memohon rezeki, Aku berikan rezeki! Wahai orang yang ditimpa musibah, Aku selamatkan! Wahai fulan itu, wahai fulan ini.. sehinggalah terbit fajar”.
(Direkodkan oleh Ibnu Majah: Hadis Lemah)



Kesimpulan fatwa ulama tentang Kelebihan Bulan Syaaban dan Malam Pertengahan Bulan Syaaban:

1- Memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban kerana Nabi Muhammad SAW paling banyak berpuasa sunat pada bulan ini melebihi bulan-bulan yang lain.

2- Walaupun malam pertengahan bulan Syaaban terdapat beberapa kelebihan berdasarkan hadis-hadis yang lemah tetapi ia boleh diterima bagi menyatakan “Kelebihan Amalan”.

3- Tiada amalan khusus yang diberi nama sebagai “Puasa Nisfu Syaaban” tetapi digalakkan berpuasa sunat pada pertengahan bulan Syaaban berdasarkan hadis-hadis lain yang menggalakkan berpuasa pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan.

4- Begitu juga tiada amalan khusus yang diberi nama “Solat Malam Nisfu Syaaban” tetapi digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Mutlak, Solat Tasbih, Solat Hajat, Solat Tahajud dan Solat Taubat. Begitu juga dengan amalan-amalan lain seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa tanpa dikhususkan untuk malam itu.

5- Oleh kerana kelebihan malam pertengahan bulan Syaaban ini tidak didasarkan pada sumber hadis yang sahih, kuat dan jelas, maka amalan Nabi untuk bangun beribadat bukanlah khusus untuk malam itu sahaja kerana baginda memang diwajibkan bangun beribadat pada setiap malam.

6- Dari segi syarak, tidak harus mengkhususkan hari tertentu untuk berpuasa, atau malam tertentu untuk bangun beribadat (qiamullail) tanpa sumber yang syarie. Perkara ini bukan hak sesiapapun melainkan ia hanya hak Allah SWT sahaja. Mengkhususkan waktu atau tempat untuk beribadat dan menetapkan kaedah dan caranya, hanyalah hak Allah SWT, bukan hak manusia.

Monday, July 5, 2010

Baiat ini disyariatkan di dalam Islam

Baiat menurut Ibnu Kholdun adalah berjanji untuk taat, yaitu seorang berjanji setia kepada pemimpinnya dan menyerahkan pandangan kepadanya dalam permasalahan dirinya dan kaum muslimin, tidak menyalahinya dalam urusan apapun serta mentaatinya dalam hal-hal yang disanggupinya baik dalam keadaan lapang maupun sempit.

Apabila mereka yang mau membaiat pemimpinnya, maka mereka meletakkan tangan-tangan mereka di atas tangannya sebagai penegasan janji, persis seperti yang dilakukan antara seorang penjual dengan pembeli, yaitu dengan saling menjabat-tangan.” (Muqoddimah Ibnu Kholdun juz I hal 108)

Baiat ini disyariatkan di dalam Islam berdasarkan dalil-dalil berikut :

Firman Allah swt, “Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk Mengadakan janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat Dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka .dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, Maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. Al Mumtahanah : 12)
Hadits Rasulullah saw,”Dari Utsman bin Khoitsam bahwasanya Muhammad bin al Aswad bin al Kholaf memberitahu bahwa ayahnya al Kholaf ra. menyaksikan Rasulullah saw membaiat manusia pada hari pembebasan Mekah maka manusia pun membaiatnya untuk islam.” (HR. Ahmad)
Macam-macam baiat di masa Rasulullah saw dan para sahabat :

Baiat masuk islam yang mengharuskan seseorang untuk tunduk kepada berbagai hukum islam.
Baiat meminta perlindungan seperti yang dilakukan saat baiat di hari Aqobah yang ketika itu beliau saw mengambil baiat dari kaum Anshor dalam rangka melindunginya sebagaimana mereka melindungi para istrinya.
Baiat untuk tidak lari dari medan pertempuran seperti baiat Ridhwan.
Baiat yang diberikan kepada Amirul Mukminin untuk mendengar dan taat kepadanya dalam rangka mendengar dan taat kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah
Baiat dalam bentuk ikatan janji untuk melakukan suatu amal, seperti ikatan janji yang dilakukan oleh para mujahidin di perang Yarmuk.
Selanjutnya di dalam masyarakat islam dikenal dengan dua jenis baiat :

Baiat kepada penguasa muslim untuk mendengar dan taat.
Baiat ini pada asalnya tidak boleh diberikan kecuali kepada seseorang, yakni Amirul Mukminin. Sabda Rasulullah saw, “Apabila baiat diberikan kepada dua orang khalifah, maka bunuhlah yang kedua.” (HR. Muslim)
Baiat kepada Syeikh untuk bertaqwa, pada awalnya baiat ini dilakukan kaum sufi bahkan menjadi ciri khasnya.
Akan halnya baiat untuk melakukan amal shalih, maka seseorang boleh mengambilnya dari siapapun. Keduanya tidak lalu terikat secara individu.

Demikianlah dinyatakan oleh para ahli fiqih dari kalangan madzhab Hanafi : “seseorang memberikan perjanjian (baiat) baiat kepada syeikh. Di saat yang bersamaan dia memberikan baiat kepada Syeikh yang lain. Dari dua perjanjian itu manakah yang mengikat? Mereka menjawab bahwa tidak ada satu pun yang mengikutnya. Hal itu tidak berdasar.”

Berdasarkan keterangan ini maka setiap baiat yang diterima oleh para syeikh dari para muridnya atau yang diterima para pemimpin dari pengikutnya tidaklah bersifat mengikat….

Zaman sekarang tahta khilafah telah tiada. Para Fuqoha madzhab Syafi’i telah menulis bahwa dalam keadaan seperti ini hukum khilafah diberikan kepada orang yang paling alim di zamannya. Sementara madzhab Hanafi berprinsip bahwa seseorang tidak dianggap khalifah kecuali setelah seluruh perintahnya dipatuhi, yakni setelah kekuasaan eksekutif dimiliki. Sebelum hal ini terwujud, maka baiat yang diakui hanyalah baiat amal. (Membina Angkatan Mujahid, Said Hawwa, hal. 131– 132)

Ketidak-beradaan kholifah kaum muslimin menjadikan baiat tidaklah wajib dilakukan oleh setiap muslim namun demikian baiat (amal) ini perlu dilakukan oleh seseorang yang ingin beramal islami memperjuangkan islam dan kaum muslimin sebagai peneguhan dan bentuk keseriusan.

Dalam keadaan sekarang ini hendaklah seseorang memahami secara baik kepada siapa dia berabaiat, artinya hendaklah baiat tersebut dilakukan atas dasar ilmu dan pemahaman tidak atas dasar emosional atau hawa nafsu.

Hendaknya ia mempelajari terlebih dahulu secara baik tentang jamaah yang dipimpin oleh orang yang akan dibaiatnya: bagaimana aqidahnya? Adakah hal-hal penyimpangan di dalamnya? Bagaimana prinsip-prinsip da’wahnya? Apa tujuan da’wahnya? dan lain-lain. Sehingga tidak memunculkan penyesalan di akhir dikarenakan kekurang-jelian dalam melihat dan mempelajari jamaah yang akan diikutinya.

Ketika seseorang memberikan baiatnya kepada seorang pemimpin dalam suatu jamaah maka ia diharuskan mentaati dalam amal-amal kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Namun ketaatan tersebut bukanlah ketaatan yang tanpa ilmu (taqlid) karena ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya haruslah di atas dari ketaatan kepada yang lainnya. Karena baiat ini adalah baiat amal maka tidak ada keterikatan antara seorang pengikut dengan pemimpinnya, sebagaimana penjelasan di atas.
Wallahu A’lam

Cara Syaitan Menyesatkan Manusia

Cara Syaitan Menyesatkan Manusia
19 Feb 2006
Ustaz Dr. Abdullah Yasin

قَالً رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR. Bukhari dan Muslim)

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI. (HR. Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:
Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia.

Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi.

Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.

Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.

Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerusakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih. Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.

Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA:
Menghiasi kebatilan.
Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik.

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)

Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain.

Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :
قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى (120)

Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?" (Thaaha / 20: 120)

Oleh itu jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari kalangan manusia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau moden, dan sebagainya.

Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:
Musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau mengajak mereka beriman:

أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ

"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu beriman"? (Al Baqarah 13)

Didalam ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang beriman kepada Nabi saw sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga menggelar Nabi SAW sebagai tukang sihir, penyair gila dan pembawa ajaran sesat dan lain lain lagi.

Oleh itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar bermacam macam istilah seperti Kaum Muda, Golongan Pelampau, Dakwah Kontraversi dan lain lain dilontarkan kepada pejuang-pejuang kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada orang yang ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.

Demikianlah halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka segala-galanya akan menjadi terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan petunjuk. Yang Sunnah dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak dikatakan batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi mereka adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ (الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)

Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisa’ / 4: 59)

Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:
Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu dia goda Nabi Adam mealui buah khuldi (buah kekekalan).

Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini akhirnya terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?

Menggoda secara berangsur-angsur:
Syaitan tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini! Tetapi caranya ialah dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang, kemudian tersenyum, lalu berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya bertemu, dan akhirnya melakukan dosa. Allah berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ

الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An Nuur / 24: 21)

Barangsiapa yang memahami kaedah " Saddudz Dzaraai " akan jelaslah baginya mengapa Islam melarang berkhalwat denqan wanita ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.

Menghalang manusia mengikutl kebenaran:
Syaitan telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan umat manusia kecuall orang-orang yang ikhlas.

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)

" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)

Maksud: " Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu menghalang-halangi mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud " Jalan yang lurus " ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.

Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: " Dari hadapan mereka " ertinya dari dunia mereka, " Dari belakang mereka " ertinya dari akhirat mereka, " Dari kanan mereka " ertinya dari kebaikan mereka. " Dari kiri mereka " ertinya dari kejahatan mereka.

Menyamar sebagai penasihat:
Syaitan tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah dosa ini, dosa itu supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya syaitan datang menyamar sebagai penasihat.

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ (21)

" Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya: " Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua ". (Al (Araaf / 7: 21)

Allah mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat manis syaitan itu:

يَابَنِي ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga". (Al 'Araaf / 7: 27)

Diriwayatkaan dari sebahagian ulama salaf: "Jika kamu diganggu syaitan dalam solatmu dan dia berkata: Ada orang yang sedang memperhatikan solatmu oleh itu perelokkanlah solatmu. Maka orang itu tidak akan selamat kecuali dengan menolak rayuan syaitan itu, walaupun pada zahirnya seperti nasihat untuk manusia".