Friday, January 22, 2010

LOGO HALAL

Kini Dengan Logo Halal Malaysia

Colgate-Palmolive Sdn. Bhd. adalah syarikat pertama memperolehi Pensijilan Halal daripada Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC) untuk Ubat Gigi Colgate® yang dikilangkan di Thailand.
Ubat Gigi Colgate kini dengan logo Halal Malaysia.
Colgate-Palmolive Sdn. Bhd. telah memperolehi Pensijilan Halal daripada Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC) untuk Ubat Gigi Colgate® yang dikilangkan di Thailand. Colgate-Palmolive adalah syarikat pertama memperolehi persijilan yang amat bernilai ini daripada HDC.

Sehingga kini, hanya produk keluaran tempatan yang layak menerima logo Halal Malaysia. Pada April 17, 2008, HDC telah diamanahkan dengan mandat dari Kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan logo Halal Malaysia bagi kesemua produk buatan tempatan mahupun antarabangsa. Sebelum ini, Ubat Gigi Colgate® disahkan Halal oleh badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Logo Halal Malaysia akan dipamerkan pada pek kami dalam masa yang terdekat.

Ubat Gigi Colgate yang dikilangkan di luar Thailand disahkan Halal oleh badan-badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperakui Ubat Gigi Colgate yang disahkan Halal oleh badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM seperti berikut: The Islamic Community of Ho Chi Minh City (Vietnam) dan China Islamic Association (China).

Ubat Gigi Colgate yang dijual di Malaysia adalah sememangnya Halal.
• Ubat Gigi Colgate diperbuat mengikut piawaian Halal.
• Ubat Gigi Colgate tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan atau alkohol.

Ubat Gigi Colgate tidak mengandungi bahan-bahan daripada haiwan atau alkohol.
• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan JAKIM secara berasingan, telah melakukan ujian ke atas Ubat Gigi Colgate dan mengesahkan bahawa produk-produk tersebut tidak mengandungi DNA haiwan atau alkohol.
• Sumber kalsium dalam Ubat Gigi Colgate adalah daripada mineral.
• Sumber gliserin dalam Ubat Gigi Colgate adalah daripada tumbuh-tumbuhan.

No comments: