Tuesday, March 30, 2010

Detik terakhir Rasulullah sblm wafat





Sunday, March 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY


20.3.2010 SABTU Kampong Air Hitam Terachi,tepat jam 12.00 tengahari anak-anak kami sekeluarga dan sepupunya berkumpul ,untuk menyambut hari jadi anak kami dan sepupunya ,walaupun hari jadi angah telah berlalu ,atirah hari rabu depan,semua telah sepakat menyambut harijadi pada tarikh tersebut kerana waktu ini sangat sesuai ,lagi pun cuti sekolah.
SELAMAT HARI JADI PADA
12.3.2010 Jumaat-birthday Angah(Arifah Nabihah-umur 14 tahun)
20.3.2010 Sabtu-birthday Amal Huzmanaumar yang berumur-7 tahun
24.3.2010 Rabu-birthday adik (Arifah Atirah berumur 9 tahun)
Semuga jadi anak yang soleh Berjaya dunia dan akhirat.Amin…..

Walaupun sambutan hari jadi tahun ini sederhana tapi meriah kerana hampir semua sepupu ada bersama ,Anis, Faris, Aina anak untie Pinas pun ada,begitu juga anak-anak Mak Ngah dari Shah Alam pun ada.
Kek dan hadiah telah disediakan oleh Umi awal lagi,makan tengahari bersama ayam goreng dan kentang goreng disediakan oleh Kak Sugi dan Nenek Hjh Rokiah.
Tamu istimewa pada hari itu ialah Cikgu tuisen anak-anak kami Puan Halena dan Haliza kerana majlis tersebut dimulakan selepas saja selesai tuisen.

Saturday, March 13, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU ANUAR DAN AMINAH

13.03.2010 SABTU-Kampong Pulau Pandan Hilir,No 20 Kuala Pilah Negeri Sembilan.Hari yang bersejarah bagi keluarga Ahmad Tarmizi bin Md Dom dan Isterinya Puan Sariah binti Adam kerana dapat menantu sulung.Pada hari ini berlansung majlis perkahwinan anak perempuan beliau Siti Aminah dan Khairul Anuar bin Abd Aziz.

Pak Lang mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Aminah dan Anuar,semuga diberkati oleh Allah SWT dan berkekalan sehingga ke anak cucu.Amin……………….
Majlis tersebut dihadiri lebih kurang 600 tertamu dengan penuh meriah,cuaca yang baik tidak panas,Pak lang sekeluarga hadir dimajlis tersebut,mak Ngah dan Angah Hadi,Mak Te.h dan kelaurga,Pak Ambong,Atuk Udo Kria (Umur 90 Tahun) juga hadir meriahkan majlis.
Sebelum balik kami berssalaman dengan keluarga pengan tin terus ke pekan Kuala Pilah.

Friday, March 12, 2010

Makanan Rohani

Akhirat,Kiamat,Surga dan Neraka
kita hidup didunia ini sementara akhirat kekal abadi.Setiap amalan kita akan dihisap dan ditanya oleh Allah SWT.

Dunia ini tiada nilai disisi Allah walau pun sebelah kepak nyamuk.Sekiranya ada nila disisi ALLAH SWT necaya orng yang kufur tidak dapat hidup kesenangan didunia ini.
Saudaraku, kita perlu mantapkan IMAN kita cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.SHOLAT lima waktu yang wajib jangan ditinggalkan.Kalau mampu sembahyang berjemaah dimasjid lima waktu.Nabi Muhamad SAW tak pernah tinggalkan sembahyang berjemaah dimasjid.Banyakan sembahyang sunnat,sunat dhuha,awabin,tahjud,witir dan sbgainya.Didik jiwa kita supaya jadi Ahli ibadat.
ILMU perlu dipelajari untuk sempurnakan ibadat kita-ilmu tauhid untuk mantapkan akidah kita,ilmu fekah untuk sempurnakan amal dan ibadat kita,ilmu tasauf-untuk didik jiwa kita supya hati kita bersih.
ZIKR-ingat Allah selalu dengan membaca doa-doa makan minum,naik kenderaan,masuk rumah,masuk dan keluar tandas perlu berdoa.Tidur pun kena berdoa.
IKHLAS-Setiap amalan kita ikhlas kerana Allah SWT.Banyakkan istigfar semuga Allah ampunkan dosa kita.Segala kebaikan yang kita terima syukur kepada ALLAH.Keburukan dan musibah minta ampun pada Allah.
IKRAM MUSLIMIN-Orang Islam saudara kita,tunaikan haknya ,doakan untuk mereka semuga mereka taat perintah ALLAH,yang susah kita tolong.Yang jauh pada Allah kita dekatkan.
Kesihan mereka supaya tahu matlamat hidup.Orang Islam kuat kerana hubungannya dengan Allah kuat.Orang yang ada ruh amalan,Senjata Orang Islam adalah DOA dan SHOLAT TAHAJUD yang istiqamah.
PENGORBANAN-gunakan harta,masa dan dirikita untuk agama Allah.Sahabat Nabi SAW,Syadina Abu Bakar,Omar,Ali,Osman r.a. dan ramai lagi,mereka telah korbankan segalanya untuk agama Allah.Sehingga hari ini kita dapat nikmat IMAN.
Semuga kita dapat pengajaran dari luahan hati saya ini

WASSALAM
Hajizulhajizakaria.