Sunday, March 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY


20.3.2010 SABTU Kampong Air Hitam Terachi,tepat jam 12.00 tengahari anak-anak kami sekeluarga dan sepupunya berkumpul ,untuk menyambut hari jadi anak kami dan sepupunya ,walaupun hari jadi angah telah berlalu ,atirah hari rabu depan,semua telah sepakat menyambut harijadi pada tarikh tersebut kerana waktu ini sangat sesuai ,lagi pun cuti sekolah.
SELAMAT HARI JADI PADA
12.3.2010 Jumaat-birthday Angah(Arifah Nabihah-umur 14 tahun)
20.3.2010 Sabtu-birthday Amal Huzmanaumar yang berumur-7 tahun
24.3.2010 Rabu-birthday adik (Arifah Atirah berumur 9 tahun)
Semuga jadi anak yang soleh Berjaya dunia dan akhirat.Amin…..

Walaupun sambutan hari jadi tahun ini sederhana tapi meriah kerana hampir semua sepupu ada bersama ,Anis, Faris, Aina anak untie Pinas pun ada,begitu juga anak-anak Mak Ngah dari Shah Alam pun ada.
Kek dan hadiah telah disediakan oleh Umi awal lagi,makan tengahari bersama ayam goreng dan kentang goreng disediakan oleh Kak Sugi dan Nenek Hjh Rokiah.
Tamu istimewa pada hari itu ialah Cikgu tuisen anak-anak kami Puan Halena dan Haliza kerana majlis tersebut dimulakan selepas saja selesai tuisen.

No comments: