Saturday, November 28, 2009

KORBAN 2009 HARI RAYA AIDIL ADHA

KELUARGA HJH ROKIAH 1 EKOR (PUSAT SEMBELIHAN EN SAYIN )
-HJH ROKIAH BT HJ ALIAS
-HJH SURIATI BT HJ SABARI
-SURIANI BT HJ SABARI
-HJ LUFTI FAUZI BIN HJ SABARI
-SYAFINAS BT HJ SABARI
-ARIFAH MUNIRAH BT HJ ZULKAFLI
-AIN SYAFA NABILA BT HASHIM


(daging korban akan diedarkan oleh tuan rumah sendiri)

SEMUGA ALLAH MENERIMA KORBAN KITA DENGAN IKHLAS DAN TERGOLONG DENGAN ORANG-ORANG BERTAKWA DAN SOLIHIN... AMIN

Thursday, November 26, 2009

IBUBAPA PENJANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK

SILA KLIK PLAY UNTUK TAKBIR RAYA


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian. Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah: “Ibubapa Penjana Pendidikan Anak-Anak”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar Jumaat hari ini menarik perhatian para jemaah sekalian bahawa sekolah yang merupakan pusat pendidikan anak-anak telah mula cuti persekolahan selama 47 hari, satu tempoh yang agak panjang dan banyak perkara boleh mempengaruhi perilaku anak-anak. Jika anak-anak melalui tempoh tersebut dengan kegiatan bermanfaat, seperti membaca, mengulangkaji pelajaran, memperdalamkan ilmu fardhu ain, melazimkan diri ke masjid dan surau dan seumpamanya, maka anak-anak akan berpotensi menjadi generasi cemerlang, sebaliknya jika mereka menghabiskan tempoh masa tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti menonton program hiburan melampau, menyalahgunakan internet, membaca majalah-majalah hiburan dan sebagainya, maka tergugatlah masa depan mereka. Kita perlu ingat, bahawa anak-anak lazimnya bersifat kurang matang atau pendek akalnya, bila berdepan dengan sesuatu cabaran. Tegasnya mereka mudah terpedaya dengan apa juga cabaran yang ada dikelilingnya. Oleh kerana itu, kita selaku ibubapa bertanggungjawab mempastikan anak-anak sentiasa dibimbing agar berjaya mengelak daripada terpedaya dengan sebarang bentuk anasir buruk yang akan merosakkan masa depan mereka.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita sekarang ini berdepan dengan cabaran dan pengaruh hiburan yang terlalu banyak. Bukalah saluran TV manapun pasti program hiburan akan tersedia. Sesetengah program hiburan amat diminati oleh anak-anak kita. Ini menyebabkan anak-anak sanggup menghabiskan banyak masa terutama di musim cuti persekolahan menonton pelbagai program hiburan di talivisyen dan internet dengan mengabaikan tugas sebenar mereka sebagai pelajar. Implikasinya anak-anak bukan sahaja lemah pencapaiannya dalam pelajaran, malah anak-anak juga berdepan dengan masalah keruntuhan akhlak yang berpunca daripada pengaruh hiburan yang melampau. Tidak mustahil anak-anak akan terikut-ikut dengan gelagat ikon-ikon TV yang berpakaian menjolok mata serta bergaul bebas lelaki dan wanita tanpa batas. Oleh itu, kita bertanggungjawab mempastikan anak-anak kita tidak menghabiskan masa cuti persekolahan dengan menonton program-program hiburan begitu. Tugas ini bukan mudah, kerana media berada di mana-mana, malah tidak ada rumah yang tidak di masuki media. Apa yang perlu kita lakukan ialah memantau serta membimbing secara serius serta berterusan kepada anak-anak kita agar tidak menghabiskan masa menonton program hiburan semata-mata. Kita sebagai ibubapa perlu setiap hari bertanyakan anak-anak apa yang mereka telah buat sepanjang hari. Apakah mereka telah bersolat dan apakah mereka telah mengulangkaji pelajaran? Dengan itu, insya Allah, tugas mereka sebagai pelajar tidak akan dipersiakan.

Selain daripada cabaran hiburan, anak-anak kita juga terdedah kepada pengaruh watak individu atau kumpulan yang tidak berakhlak dalam masyarakat seperti pergaulan bebas, perlumbaan haram, melepak, merokok, berpoya-poya dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan kita mengawal ketat anak-anak kita daripada mendekati dan bergaul dengan watak-watak dan kumpulan-kumpulan remaja yang rosak akhlak dan jelas membelakangkan petunjuk Allah SWT. Sebagai ibubapa, kita perlu setiap hari bertanyakan anak-anak kita ke mana mereka pergi, untuk apa mereka ke sana, dengan siapa mereka pergi, jam berapa mereka pulang dan sebagainya. Dengan demikian, mudah-mudahan kita dapat mengawal anak-anak kita daripada terjerumus kelembah kehancuran. Hayatilah pesanan Nabi SAW agar kawan anak-anak kita hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang berakhlak dan mempunyai jatidiri.

Mafhumnya: “Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat adalah seperti saudagar minyak wangi dan tukang besi. Peniaga minyak wangi akan memercikkan minyak wanginya atau dapat membeli daripadanya atau mencium bau wanginya. Manakala tukang besi pula mungkin akan membakar bajumu atau engkau mencium bau busuk daripadanya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ini merasa bimbang dengan peningkatan kadar jenayah dikalangan remaja saban tahun. Mengikut laporan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2007 sejumlah 3,446 kes jenayah curi dan pecah rumah telah dilakukan oleh golongan remaja. Laporan ini belum dikira lagi jenayah-jenayah lain seperti perzinaan, black metal, bohsia, pergaduhan, minum arak dan sebagainya. Mimbar ini percaya antara punca jenayah dikalangan remaja adalah disebabkan lemahnya pendidikan agama kepada anak-anak di peringkat institusi keluarga. Justeru itu, mimbar ini menyeru ibubapa agar, marilah kita melipat gandakan usaha mendidik anak-anak dengan lebih berkesan. Marilah kita mencontohi pendidikan Luqmanul Hakim seorang bapa yang Allah SWT iktiraf kejayaannya mendidik anak-anak, sepertimana firman Allah dalam Surah Luqman ayat 13:

Maksudnya: “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa tanggungjawab utama ibubapa ialah mempastikan anak-anak dididik dengan asas-asas aqidah. Dengan mengenal Allah,dan lima rukun iman yang lain, insya Allah anak-anak bakal menjadi insan yang mempunyai jati diri, berakhlak, tekun beribadah, berketerampilan, berpandangan jauh, berilmu dan mampu menghadapi semua cabaran hidup. Namun, perlu difahami bahawa kekuatan iman anak-anak tidak akan dicapai dengan mudah tanpa berbuat apa-apa. Kemantapan aqidah perlu di usaha dan diperjuangkan. Inilah sebenarnya perjuangan dan pengorbanan dakwah para Nabi dan Rasul disepanjang zaman. Oleh itu, sempena cuti persekolahan ini, mimbar ini mencadangkan ibubapa agar marilah kita perjuangkan kemantapan aqidah anak-anak dengan menghantar anak-anak mengikuti kursus, kelas pengajian, seminar, bengkel, khemah ibadah dan sebagainya yang dianjurkan oleh Jabatan Agama, masjid, surau, pertubuhan dakwah dan sebagainya yang terdapat dikawasan tempat tinggal kita masing-masing. Mudah-mudahan kita dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai jatidiri mukmin, berwawasan dan berketerampilan yang sekaligus dapat menghadapi pelbagai cabaran yang mengelilingi mereka.


Maksudnya: “Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.” (Surah Luqman: 17)

DIPETIK:SIRI KHUTBAH JAKIM

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


HjzulHjzakaria dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada para pembaca, khususnya yang beragama Islam di mana juga anda berada.Maaf zahir batin.Semuga Allah terima pengobanan kita yang ikhlas.Semuga kita semua tergolong orang yang bertakwa dan beriman.AMIN..............
SILA KLIK PLAY UNTUK TAKBIR RAYA

Wednesday, November 25, 2009

Perut buncit berisiko mati awal?

Penceramah: Ustaz Shaari Che In
Tajuk Kuliyah: Sibuk Dengan Dunia

sila klik play untuk dengar ceramah.


Perut buncit berisiko mati awal?

PERUT buncit antara masalah yang kerap dihadapi lelaki mahupun wanita. -

KEGEMUKAN merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.

Untuk menjalankan kajian ini, para penyelidik telah membuat analisis data daripada lebih 44,000 orang wanita diikuti dengan sejarah kesihatan lebih 1,000 jururawat berdaftar di 11 negeri.

"Seperti apa yang dapat diperoleh daripada kajian NIH Obesity Research Task Force, kesan cabaran akibat obesiti, penemuan terbaru menunjukkan bahawa penyelidikan dapat memainkan peranan dalam pemahaman tentang risiko obesiti," jelas Pengarah NIH, Elias A. Zerhouni.

Kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian tersebut diketuai oleh Cuilin Zhang dari NIH, Eunice Kennedy Shriver dari Institut Kesihatan Kebangsaan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia (NICHD).

Dana untuk menjalankan kajian ini pula diperoleh daripada NIH, Institut Kanser Kebangsaan dan Institut Diabetis, Pencernaan dan Buah Pinggang Kebangsaan. Kajian ini disokong oleh Institut Darah, Paru-paru dan Jantung Kebangsaan. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Internet menerusi laman web Circulation.

Semakin hari semakin banyak bukti yang mengaitkan lemak berlebihan di abdomen dengan risiko penyakit diabetes dan jantung. Bagaimanapun perkaitan antara obesiti di bahagian abdomen dengan risiko kematian masih belum dikaji secara meluas.

Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal.

Para penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 44,000 wanita telah mengikuti rekod sejarah kesihatan dan gaya hidup mereka.

Disebabkan majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu ialah wanita kulit putih, para penyelidik tidak begitu pasti sama ada hasil kajian mereka boleh digunapakai untuk wanita mahupun lelaki daripada bangsa lain.

Semua wanita yang terlibat dalam kajian pula terdiri daripada jururawat berdaftar. Pada awal kajian dibuat, mereka diminta untuk mengukur ukur lilit pinggang dan paha mereka.

Setiap dua tahun, kumpulan wanita ini diminta untuk mengisi borang kaji selidik tentang kesihatan mereka, memberikan maklumat tentang umur, tahap aktiviti luar, status merokok, diet, tekanan darah dan paras kolesterol.

Para penyelidik ini turut mengkaji punca kematian bagi wanita yang didapati meninggal dunia ketika tempoh kajian ini berlangsung iaitu sebanyak 3,507 kematian dan daripada jumlah itu 1,748 diakibatkan oleh kanser, manakala 751 kerana penyakit berkaitan jantung.

Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.

Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.

Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.

Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka.

BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.

Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity.

Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras pusat.

Menurut Dr. Zhang, dalam tahun 2004 lebih daripada satu setengah orang dewasa Amerika mengalami abdominal obesity.

lArtikel dari laman web www.nih.gov

Saturday, November 21, 2009

Penawar Bagi Hati

Sila tekan butang play dengar ceramah
Penceramah: Ustaz Zahidi
Tajuk Kuliyah: Kasih Akan Harta
Kitab: Penawar Bagi Hati


Terima Kasih kepada Faizalpf atas sumbangan kuliyah ini.
Kesemua kuliyah yang didownload adalah dilarang sama sekali digunakan untuk tujuan komersial. Sila minta izin daripada penceramah jika ingin mengkomersialkan kuliyah yang didownload.

Sekiranya menghadapi kesukaran untuk mendengar kuliyah ugama, sila bersihkan "cache" dan "cookie" pelayar internet anda. Kuliyah dot Net mengsyorkan penggunaan pelayar internet (web browser) Firefox , Netscape dan Flock. Pastikan juga pelayar internet dilengkapi dengan plugin flash. Sebarang pertanyaan boleh diutarakan kepada admin [YM id: nayoe]

Thursday, November 19, 2009

CERAMAH USTAZ MUSTAFFA KAMAL HAMZAH




Penceramah: Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah
Tajuk Kuliyah: Kuda Sokmo
Kitab: Minhajul Abidin


Sekiranya menghadapi kesukaran untuk mendengar kuliyah ugama, sila bersihkan "cache" dan "cookie" pelayar internet anda. Kuliyah dot Net mengsyorkan penggunaan pelayar internet (web browser) Firefox , Netscape dan Flock. Pastikan juga pelayar internet dilengkapi dengan plugin flash. Sebarang pertanyaan boleh diutarakan kepada admin [YM id: nayoe]

Tuesday, November 17, 2009

“ Watak Manusia Yang Dibenci Oleh Islam ”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di kesempatan dalam masjid yang mulia penuh berkat ini, saya menyeru diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: “ Watak Manusia Yang Dibenci Oleh Islam ”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah SWT mencipta alam dan muka bumi dengan sempurna supaya manusia dapat hidup aman damai. Bagaimanapun terdapat manusia yang suka mengganggu ketenterman dan kesejahteraan itu sendiri. Dalam al-Qur’an disebutkan empat watak manusia yang sebegini. Sama ada dalam kehidupan peribadi, berjiran tetangga, bermasyarakat, berbangsa atau bernegara. Keempat-empat watak ini selalunya mengganggu masyarakat dan sentiasa bekerja mengelabui mata orang ramai, mempersenda-sendakan agama dan melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat dan ummah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 204-205:

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”

Antara watak tersebut adalah:

Watak Pertama: Manusia yang bermulut manis dibibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya adalah lain dibibir lain dihati.

Pada pandangan agama Islam, manusia seperti ini adalah seorang yang munafik. Zahirnya mengatakan ’Ya’ tetapi batinnya mengatakan ’Tidak’. Manakala dalam masyarakat Melayu, dia dipanggil ’Musuh Dalam Selimut’, ’Musang Berbulu Ayam’ atau ’Telunjuk Lurus Kelingking Berkait’.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Watak Kedua: Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat. Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.

Antara musibah yang menimpa masyarakat dengan adanya manusia sebegini adalah lahir kumpulan yang suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada yang sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Kita perlu ingat bahawa watak ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah tetapi menambahkan beban masalah buat masyarakat dan negara. Justeru itu, manusia yang terlibat dalam kelompok ini, gemar mencela, mengumpat, mengutuk, memfitnah tanpa dasar yang betul. Adalah suatu kezaliman sekiranya seseorang menuduh orang lain melakukan perbuatan yang tidak dilakukan olehnya.

Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh at-Thobarani:

Mafhumnya: “Janganlah kamu mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Salah satu perkara yang dilakukan oleh mereka ini ialah melalui penyebaran berita palsu dan fitnah. Fitnah dilakukan sama ada melalui perkataan, ucapan atau tulisan. Pada zaman era globalisasi ini pelbagai fenomena fitnah telah muncul. Justeru, umat Islam hendaklah berusaha menolak dan menjauhi daripada terlibat. Alat-alat tekonologi yang maju patut digunakan untuk faedah dan kebaikan manusia dan bukannya disalahgunakan.

Sedarilah bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jika fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah kewibawaannya sebagai pendidik. Dan jika fitnah itu mengenai suami isteri, maka bergoncanglah keharmonian rumah tangga dan keluarga.

Firman Allah SWT dalam surah alk-Anfal ayat 25:

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya”.

Watak Ketiga pula ialah: Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.

Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa sahaja sebagai ‘Kambing Hitam’ untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kesemua watak manusia yang dinyatakan tadi mengajak kita semua berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Untuk itu mimbar menyeru semua pihak dan sidang jemaah sekalian, sedarilah bahawa masyarakat yang bertamadun akan mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara. Semoga dengan sikap sedemikian kita tidak terjerumus ke dalam perbalahan, perpecahan, pencerobohan hak, pertumpahan darah dan sebagainya.



Maksudnya: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka.”
(Surah al-Ahzab:17)

petikan dari:
siri khutbah JAKIM

Monday, November 16, 2009

UJIAN ALLAH

sila tekan butang play untuk dengar mp3


PENCERAMAH:USTAZ AIDILADHA
KITAB:MIHAJUL ABIDIN

Saturday, November 14, 2009

CIRI-CIRI ORANG ZALIM

Sila tekan butang play untuk dengar ceramah


PENCERAMAH:USTAZ ISMAIL KAMUS
TAJUK KULIAH:CIRI-CIRI ORANG ZALIM

Sekiranya menghadapi kesukaran untuk mendengar kuliyah ugama, sila bersihkan "cache" dan "cookie" pelayar internet anda. Kuliyah dot Net mengsyorkan penggunaan pelayar internet (web browser) Firefox , Netscape dan Flock. Pastikan juga pelayar internet dilengkapi dengan plugin flash.

ihsan dari kuliah.net

panduan ibadat korban

sila tekan butang play untuk dengar mp3.


Penceramah: Ustaz Hazri

Tajuk Kuliyah: Panduan Ibadah Qurban
Tempat: Surau Al-Khairiah

sekiranya menghadapi kesukaran untuk mendengar kuliyah ugama, sila bersihkan "cache" dan "cookie" pelayar internet anda. Kuliyah dot Net mengsyorkan penggunaan pelayar internet (web browser) Firefox , Netscape dan Flock. Pastikan juga pelayar internet dilengkapi dengan plugin flash.

ikhsan dari kuliah.net

Friday, November 13, 2009

Arak perosak ummah


ARAK adalah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Dalam bahasa Arab ia disebut al-khamr, bermaksud menutup.
Menutup itu mengambil sifat khamr itu yang menghilangkan kewarasan akal peminum arak (mabuk), menjadikan si peminum terlena dan tidak sedarkan diri.
Islam mengharamkan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol. Dalam hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Semua yang memabukkan adalah arak dan semua yang memabukkan adalah haram".

Pengharaman itu dibuat sebanyak empat kali iaitu secara berperingkat (tadriji) sebelum ia diisytiharkan haram dan berdosa besar jika meminum arak. Ini membuktikan arak amat berbahaya daripada aspek kesihatan.

Bukan Islam saja mengharamkan arak, tetapi agama lain turut melarang penganutnya menjauhi arak kerana ia memudaratkan kesihatan dan perlakuan mereka.

Arak dihasilkan daripada buah-buahan seperti anggur, tamar dan bijirin seperti gandum melalui kaedah peram atau penapaian. Nama komersialnya seperti wiski dan brandi.

Namun, dalam bidang perubatan, alkohol mempunyai kepentingannya terutama dalam pembuatan minyak wangi.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai alkohol dalam minyak wangi, hukumnya harus dan dimaafkan.

Namun, bagi minuman tanpa mengira apa jenis, hukumnya tetap haram.

Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Islam mengharamkan arak kerana ia boleh menjadikan manusia rosak akal dan hilang maruah diri.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikannya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya." (Surah al-Nahl ayat 67).

"Ayat pertama itu memberi peringatan supaya umat Islam ketika itu berfikir kerana arak daripada tamar dan anggur yang manis itu jika dimasukkan bahan lain seperti ragi lalu diperam boleh mengubah sifatnya serta menyebabkan peminumnya mabuk atau khayal," katanya.

Beliau berkata, ayat itu juga menceritakan tabiat orang Arab ketika itu gemar memproses tamar dan anggur bagi menghasilkan arak yang akhirnya merosakkan akal fikiran.

"Islam menggunakan pendekatan berhemah dengan mendidik umat-Nya meninggalkan sesuatu yang diharam itu secara perlahan-lahan," katanya.

Bagi mengelak anak muda terjebak minum arak, ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama.

"Jika bapa sendiri membawa anak ke pusat hiburan dan mengambil arak, jangan salahkan si anak jika suatu hari nanti mereka juga mengambil minuman haram itu.

"Apabila arak menjadi minuman harian, ia akan merosakkan generasi itu dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang minum khamr seteguk, Allah tidak menerima amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Siapa yang minum khamr segelas, Allah SWT tidak menerima solatnya selama 40 hari. Orang yang tetap minum khamr selayaknya Allah memberinya minum dari Nahrul Khabaal ? Ketika ditanya : Ya Rasulullah apakah Nahrul Khabal itu? Jawabnya: Darah bercampur nanah ahli neraka". (Hadis riwayat Atthabrani).

Dalam ayat kedua, Allah s.w.t berfirman, maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Surah al-Baqarah ayat 219).

Seterusnya ayat yang berkaitan dengan pengharaman arak dijelaskan dalam firman Allah s.w.t, maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan (baca)..." (surah al-Nisa' ayat 43).

Sebab turun ayat ini adalah bersandarkan riwayat kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang bermaksud: " Kami diundang Abdul Rahman bin 'Auf untuk makan di rumahnya, dihidangkan bagi kami makanan dan dihidangkan arak, kami minum sehingga mabuk. Kemudian masuklah waktu solat (Isyak), lalu aku diminta menjadi imam. Maka aku bacalah: " Qul ya ayyuha al-kafiruna la a'budu ma ta'buduna, wa nanhnu na'budu ma ta'buduna." (Abu Daud, al- Termidzi, al- Nasaie dan Hakim).

Farid berkata, ketika itu sahabat sedang bersolat yang diimamkan Ali, tetapi disebabkan Ali mabuk dia membaca ayat sedemikian rupa.

Manakala ayat yang terakhir yang secara jelas mengharamkan arak adalah dari Surah al-Maidah ayat 90 yang mana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat yang diturunkan di peringkat keempat ini adalah muktamad bahawa hukum minum arak itu haram dan termasuk dalam dosa besar.

Farid kesal kerana kaedah penjualan arak kepada orang ramai masa ini terlalu mudah sehinggakan golongan remaja boleh mendapatkan di kedai serbaneka di tempat tinggal mereka.

"Mula-mula mereka kenal arak kemudian dengan sendirinya mereka melakukan perkara keji seperti seks bebas, pergaduhan dan pembunuhan.

"Perbuatan minum arak adalah amalan syaitan dan makhluk durjana itu tidak pernah menginginkan amal kebaikan manusia.

"Syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan kejahatan kerana itulah janjinya kepada Allah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata sejarah kejatuhan kerajaan Mesir dan China kuno ada kaitan dengan penggunaan arak berlebihan.

"Terdapat tiga jenis arak seperti bir, wain dan spirits. Setiap satunya mempunyai peratusan kandungan alkohol yang berbeza.

"Minum arak dalam jumlah yang banyak atau sedikit tetap memberi kesan kepada kesihatan.

"Antaranya merosakkan otak, hati, usus kecil dan dinding perut. Akibatnya, tekanan darah menjadi tidak menentu sehingga otot tidak berfungsi sepenuhnya.

"Itu menyebabkan mereka yang mabuk berjalan terhoyong- hayang, mudah marah dan hilang sifat malu," katanya.

Katanya, amalan minum arak melebihi 50 gram sehari boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, kerongkong, payudara, hati, paru-paru, perut, hempedu, ovari, prostat dan kulit.
Oleh Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Wednesday, November 11, 2009

'Seksanya' mahu mengucup Hajarul Aswad


'Seksanya' mahu mengucup Hajarul Aswad

Penulis (empat dari kiri) bersama pasukan media Tabung Haji selepas selesai mengerjakan umrah di Mekah, baru-baru ini.

HAMPIR sejuta jemaah haji dari seluruh dunia kini berada di tanah suci Mekah sementara menunggu hari wukuf yang dijangka jatuh pada 26 November ini.

Walaupun jemaah yang tiba belum sampai separuh daripada jumlah keseluruhan yang dijangka mengerjakan haji tahun ini iaitu 2.5 juta orang tetapi kehadiran mereka sudah memadai untuk menyebabkan keadaan sesak di sekitar Masjidil Haram apalagi di sekitar Kaabah dan laluan sa'i.

Semasa saya mula menjejakkan kaki di kota suci ini pada 16 Oktober lalu selepas melalui penerbangan kira-kira lapan jam dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), keadaan di sekitar Masjidil Haram dan Kaabah masih belum ramai jemaah dari luar. Sebahagian besarnya warga tempatan yang melakukan ibadat umrah.

Dan ketika itu juga saya dan rakan-rakan wartawan tidak menghadapi banyak halangan dari segi pergerakan termasuk sewaktu melakukan tawaf keliling Kaabah, bersa'i sehingga selesai bertahallul. Hanya ketika itu peluang yang ada tidak digunakan sepenuhnya kerana terlupa untuk mengucup Hajarul Aswad yang terletak di satu penjuru Kaabah dan berdekatan dengan Makam Nabi Ibrahim a.s.

Setelah dua hari di Mekah, saya bertolak ke Madinah dan menginap di kota suci itu selama lapan hari sebelum balik semula untuk bertugas sambil beribadat di Mekah. Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah yang jaraknya kira-kira 468 kilometer, saya sempatlah membaca buku mengenai Mekah yang dibeli di Madinah termasuk kisah di sebalik Hajarul Aswad dan kenapa para jemaah haji atau umrah sanggup berebut-rebut mahu mengucupnya.

Dengan azam membara, saya dan rakan-rakan dari pasukan media Tabung Haji memasang tekad untuk mengucup batu tersebut. Tapi sayang, keadaan di sekitar Kaabah sudah jauh berbeza. Jumlah jemaah haji sudah terlalu ramai sehingga mencecah puluhan ribu terutama dari India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Thailand selain warga Arab.

Pada cubaan pertama untuk mengucup Hajarul Aswad, saya terpaksa mengalah setelah melihat aksi kasar ratusan jemaah yang saling berasak-asak dan tarik-menarik dalam usaha mereka itu. Dalam tempoh seminggu, tiga kali cubaan saya mengucup Hajarul Aswad tetapi semuanya tidak berhasil kerana berusaha mengelak dari menyakiti jemaah lain hanya mahu mengucup Hajarul Aswad di depan Kaabah dan di dalam kawasan Masjidil Haram pula. Jemaah dari sesetengah negara nampaknya tidak peduli semua itu. Mereka kelihatan amat agresif.

Tipis

Hari-hari berikutnya, jumlah jemaah haji meningkat kepada ratusan ribu. Umat Islam dari negara-negara Afrika dan Turki mula mendatangi Mekah. Melihat perebutan mencium Hajarul Aswad semakin sengit, peluang saya terlalu tipis dan mustahil boleh berbuat demikian apalagi bila jumlah jemaah haji meningkat lebih 2.5 juta.

Namun apabila saya memikirkan kedatangan saya di sini selain untuk menunaikan Rukun Islam kelima, saya juga adalah wartawan yang tugasnya untuk melapor, saya memberanikan diri agar pengalaman dilalui dapat dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia. Bagaimanapun saya tetap berhati-hati dalam menghadapi risiko walaupun masih trauma apabila mengingatkan detik-detik cemas nyawa hampir melayang akibat tersalah perkiraan ketika memberanikan diri memasuki sempadan Afghanistan ketika tentera sekutu diketuai Amerika Syarikat menyerang negara itu pada tahun 2001 dulu.

Berbalik kepada Hajarul Aswad, benar kata orang, doa di tanah suci cepat dimakbulkan Tuhan. Jika empat percubaan sebelum ini saya tidak berdoa, pada percubaan kali kelima, saya memohon pertolongan daripada Allah agar dipermudahkan usaha mengucup Hajarul Aswad tanpa menyakiti sesiapa selepas solat sunat hajat dua rakaat.

Sambil membaca zikir, saya memulakan langkah dengan beratur mengikut barisan seperti diarahkan oleh polis. Pada minit pertama, barisan berjalan agak lancar tetapi kemudiannya berlaku tolak-menolak dan asakkan dari pelbagai penjuru sehingga polis pun sukar untuk mengawal.

Jika sebelum ini saya terpaksa 'bertarung hebat' dengan jemaah India dan Pakistan, kali ini cabarannya lebih sengit dan ganas berbanding empat percubaan awal saya dulu kerana kali ini melibatkan jemaah dari Afrika.

Dalam pertarungan sengit itu, ada jemaah mengasak kuat sehingga muka saya tepat mencium ketiak Pak Arab yang memakai pakaian ihram. Selepas itu tubuh saya yang tidak berapa berat itu dan Pak Arab yang berada di hadapan saya tertolak rapat ke kain dinding Kaabah sehingga saya dalam keadaan terlalulah sukar untuk bernafas.

Seorang lelaki India kemudian bertempik kuat, ''Sabar, sabar...' berulang-ulang kali setelah melihat keadaan makin tidak terkawal. Kali ini saya memperkuatkan suara dengan berdoa agar Tuhan memudahkan usaha saya kali ini.

Doa saya kali ini memang dimakbulkan. Tidak semena-mena laluan saya menghampiri Hajarul Aswad semakin mudah apabila orang di belakang menolak, manakala orang di hadapan seperti memberi ruang. Akhirnya selepas berhempas pulas selama kira-kira 15 minit, saya akhirnya dapat juga mencium Hajarul Aswad.

Yang peliknya, selepas saya mengucup batu hitam itu secepat yang mungkin dan mahu beredar bagi memberi peluang kepada jemaah lain, ada pula tangan memegang bahagian belakang kepala saya dan menekannya dengan kuat seperti memaksa-maksa saya supaya mengucup lagi Hajarul Aswad.

Bagaimanapun saya tidak berkesempatan berdoa ketika mengucup Hajarul Aswad dan sekadar mengucapkan 'Alhamdulillah'. Perasaan ketika itu sukar digambarkan dengan kata-kata kerana terlalu gembira dan bersyukur. Bersyukur kerana dalam cubaan kelima itu, saya tidak menyakiti mana-mana jemaah seperti doa saya kepada Tuhan.

Merasai pengalaman itu, saya mula memahami kenapa ramai jemaah dari sesetengah negara sanggup berebut-rebut mahu mengucup Hajarul Aswad dan pada masa yang sama tidak ramai pula jemaah dari negara-negara lain termasuk Malaysia dan Indonesia mahu mengambil risiko berbuat demikian.

Ghairah

Mungkin salah satu sebab kenapa para jemaah terlalu ghairah berebut-rebut mahu mengucup Hajarul Aswad kerana kepuasan tidak terkata jika berhasil berbuat demikian. Selain itu, Hajarul Aswad dikatakan diturunkan dari syurga.

Pegawai agama Bahagian Bimbingan Tabung Haji di Mekah, Drs. Sapawi Che Mat ketika mengulas tindakan mengucup Hajarul Aswad secara keterlaluan berkata, kedatangan seseorang jemaah haji adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan memohon agar segala dosa diampunkan.

Menurut beliau, apa gunanya dapat mengucup Hajarul Aswad jika dalam usaha mereka itu telah menyakiti pihak lain.

''Jika mereka benar-benar percaya Hajarul Aswad adalah batu dari syurga, bagaimana pula kita mahu memasuki syurga jika segala perbuatan kita di depan Kaabah telah menyakiti jemaah lain," tegasnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda, Hajarul Aswad diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih dari susu dan dosa-dosa anak-anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Semasa Nabi Muhammad menjadi orang tengah untuk memindahkan Hajarul Aswad ke kedudukannya sekarang, baginda telah mencium batu itu seperti dilakukan oleh nabi-nabi sebelumnya - sehingga Hajarul Aswad dikatakan menjadi tempat bertemunya bibir para nabi dan orang-orang soleh sepanjang sejarah.

Di samping itu, Hajarul Aswad menjadi tempat permulaan dan berakhirnya tawaf keliling Kaabah semasa mengerjakan haji atau umrah, sekaligus tempat mustajab untuk doa dimakbulkan.

Keistimewaan lain batu syurga itu adalah pada hari Kiamat kelak, Hajarul Aswad akan memberi kesaksian bagi orang-orang yang menyalaminya (memberi salam atau mengucup) dengan kebenaran.

Seperti diriwayatkan oleh Tirmidzi bahawa Nabi Muhammad bersabda, Demi Allah, Dia akan mengutusnya pada hari Kiamat kelak, dengan dua matanya ia akan melihat dan dengan lidahnya ia memberi kesaksian atas siapa yang menyalaminya dengan kebenaran.

Ibnu Abbas mengingatkan bahawa bertakbir dan tidak menyakiti saudara muslim lain adalah lebih baik daripada berusaha secara keterlaluan dalam mencium atau mengucup Hajarul Aswad.

Selain dari Hajarul Aswad, bahagian lain di Kaabah yang menjadi sasaran para jemaah haji adalah Multazam yang terletak antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah.

Multazam ialah tempat dikabulkannya doa dan di kawasan sempit itu disunnahkan untuk berdoa. Tidak hairanlah Multazam adalah antara kawasan paling sukar untuk dimasuki kerana terlalu ramainya orang menunggu giliran untuk berdoa.

Itulah sedikit sebanyak kisah mengenai tanah suci Mekah yang sejak dulu hingga sekarang terus didatangi oleh jutaan umat Islam dari seluruh dunia.

- MINGGUAN

Sunday, November 8, 2009

Bahaya Wahabi

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.


Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.



INFO



Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

# Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

# Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

# Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

# Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

# Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

# Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

# Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

# Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

# Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

# Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

# Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

# Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

# Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

# Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

# Amalan tariqah dilarang sama sekali

# Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin
rencana@hmetro.com.my

Saturday, November 7, 2009

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia
07/11/2009 10:39pm

KUALA LUMPUR – Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 sebentar tadi.

Gol skuad Rusa dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17), Hairudddin Omar (m-46) dan Mohd. Zaquan Adha Radzak (pen, m-59).

Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.

Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.

Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma.

Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.

Friday, November 6, 2009

CATATAN KEMBARA hAJI


Urusan menunaikan rukun islam kelima kini semakin tersusun apabila ia diuruskan melalui Tabung Haji.

1) NASER KHOSRAW, IRAN (IBADAT HAJI 1046M)

Beliau merupakan penyair dan ahli falsafah Parsi yang juga ahli pengembaraan terkenal berasal dari daerah Qubadiyan, Iran. Beliau terkenal dengan catatan pengembaraan yang bertajuk Safarnama.

Beliau meninggalkan kehidupan bangsawannya untuk mengembara ke banyak negara dan wilayah Islam dan berakhir di Kaherah, Mesir.

Dalam perjalanan itu beliau singgah ke Mekah menunaikan haji selepas menempuh satu perjalanan berkaravan dari Nishapur, Tabriz, Aleppo, Baitul Maqdis dan seterusnya ke Mekah.

Catatannya merupakan satu catatan yang penting bagi menunjukkan perlaksanaan ibadah itu tidak pernah berubah sejak zaman Nabi Muhammad.

Antara catatan beliau;

"Bagi mereka yang datang dari tempat yang jauh untuk mengerjakan umrah dan haji terdapat beberapa batu petanda jarak dan masjid yang didirikan pada jarak separuh parasang (unit ukuran lama Parsi yang bersamaan dengan 3.5 batu atau 5.6 km) daripada Mekah, tempat di mana mereka mula memakai ihram. Setelah siap, mereka melaungkan Labayk Allahumma, labayk sambil menghampiri Mekah…

2) MUHAMAD ASAD, GALICIA SEPANYOL (IBADAT HAJI 1927M)

SEBELUM memeluk Islam beliau dikenali sebagai Leopold Weiss. Beliau bertugas sebagai wartawan yang terkenal di Eropah sehinggalah pada tahun 1926 mengambil keputusan untuk pulang ke Jerman dan berkahwin.

Muhamad Asad berkahwin dengan seorang pelukis Jerman dan memeluk Islam pada tahun yang sama. Setelah Elsa, isterinya sendiri memeluk Islam tidak lama selepas Muhamad Asad memeluk Islam, mereka mengambil keputusan mengerjakan haji.

Sebelum itu beliau beroleh pelbagai pengalaman mengenai Islam ketika bertugas sebagai wartawan luar negara bagi akhbar Frankfurter Zeitung yang telah membawanya ke Iran terutamanya Isfahan, Kabul dan Damsyik.

Namun Mekah merupakan pengalaman yang baru baginya dan semua itu terkandung dalam bukunya yang terkenal: Jalan ke Makkah.

Antara catatan beliau: "Sekali lagi, manusia daripada pelbagai bangsa, pakaian dan pertuturan berkumpul. Jeritan keriuhan orang ramai dari segenap penjuru menyebabkan kamu berasa seolah-olah berada di tengah gelombang yang terputus-putus di mana kamu hanya boleh menangkap beberapa perkataan sahaja tetapi tidak keseluruhan cerita.

"Semuanya dialunkan dalam keriuhan berbagai-bagai bahasa, pergerakan yang pantas dan keterujaan - tiba-tiba kami tersedar kami telah berada di hadapan salah pintu gerbang Masjid al Haram…"

3) LADY EVELYN COBBOLD, BRITAIN (IBADAT HAJI 1933M)

Lady Evelyn Zainab Murray Cobbold (lahir 1867M) dikatakan wanita Eropah pertama yang merekodkan pengalamannya mengerjakan haji. Beliau adalah anak sulung Earl Dunmore yang dipercayai memeluk Islam semenjak kecil.

Pemergiannya ke Mekah mendapat keizinan Raja Abdul Aziz Ibnu Saud dan beliau juga menjadi tetamu khas kepada Harry St. John Philby, seorang penjelajah British yang memeluk Islam dan pertama kali mengerjakan haji pada tahun 1931.

Ketika usia 66 tahun, Zainab memulakan perjalanannya secara bersendirian ke Mekah dengan menaiki kapal laut yang bertolak dari Kaherah ke Pelabuhan Jeddah.

Apabila tiba di Jeddah, Zainab dijaga oleh Harry St. John yang mempunyai hak istimewa sebagai penasihat British kepada Sultan Abdul Aziz Ibn Saud. Oleh kerana Zainab belum mendapat kebenaran memasuki Kota Suci Mekah, beliau mengisi masa lapangnya dengan bersiar-siar di kawasan sekitar kota itu dan merekodkan segala pengalamannya.

Antara yang menarik perhatian ialah pergerakan jemaah haji yang menuju ke Mekah. Ketika di Jeddah pada tanggal 28 Februari 1933, beliau menulis;

"Kami melepasi jemaah yang dalam perjalanan mereka ke Kota Suci, ada yang menaiki kenderaan berenjin, ada yang terhoyong-hayang di atas unta dan mereka yang miskin hanya berjalan kaki. Golongan lelaki telah siap memakai ihram tanpa penutup kepala.

"Golongan wanita yang menuju ke Madinah berpakaian hitam manakala yang menuju ke Mekah pula berpakaian haji berwarna putih. Sesetengah jemaah yang miskin dari negara yang jauh mengambil masa yang lama untuk sampai…"

Pada 12 Mac 1933, Raja Ibnu Saud membenarkan Zainab memasuki Mekah.

4) LUDOVICO DI VARTHEMA, BOLOGNA ITALI (MENUJU KE MEKAH 1503M)

Varthema yang berasal dari Bologna Itali dipercayai telah mengembara ke serata dunia pada sekitar abad ke-16. Selama tujuh tahun beliau mengembara ke Timur Tengah, India, Burma, Tanah Melayu, Siam dan Indonesia yang kesemua catatan pengalamannya itu ditulis dalam bukunya, Itinerario.

Catatannya mengenai Mekah dan ibadat haji adalah antara yang terawal dilakukan di kalangan bangsa Eropah.

Walaupun status dirinya sebagai Muslim masih menjadi persoalan, kelicikannya membolehkan beliau menyertai angkatan tentera Mamluk yang bertanggungjawab mengiringi karavan-karavan haji ke Tanah Suci Mekah pada tahun 1503 M.

Dalam perjalanan ke Mekah dari Damsyik, beliau merekodkan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh jemaah haji. Halangan paling besar yang ditakuti adalah ancaman penyamun yang berterusan.

Varthema menceritakan bagaimana karavannya berjaya mengatasi penyamun nomad selepas bertelingkah mengenai sumber air.

"Pada 11 April, karavan ini bertolak daripada Mezeribe (berkemungkinan Jubb Al Mazarib yang terletak di Syria pada hari ini), di sini terdapat 35,000 ekor unta dengan lebih kurang 40,000 jemaah dan kami askar-askar Mamluk seramai 60 orang bertugas mengawal keselamatan para jemaah.

"Satu pertiga daripada jumlah askar Mamluk ini mendahului karavan seperti yang biasa dilakukan, satu pertiga lagi berada di bahagian tengah dan satu pertiga yang lainnya pula berbaris di belakang sekali…"

5) DULI YANG MULIA SIKANDAR, SIKANDAR BEGUM BHOPAL, INDIA (ibadah Haji 1824M)

Bhopal, adalah sebuah kerajaan Islam yang wujud sebelum kemerdekaan India. Ia diperintah oleh empat pemerintah wanita iaitu dari tahun 1819 sehingga 1926.

Pengalaman perjalanan Nawab Sikandar Begum menunaikan haji ke Mekah adalah pada 1824 M bersama ibunya, Qudsia Begum, bapa saudara dan ratusan pengiringnya yang tiba di Pelabuhan Jeddah pada Januari 1864 dan mereka terus mengupah karavan unta untuk perjalanan ke Mekah.

Antara catatan baginda: "Sewaktu beta tiba di Kota Mekah, kedengaran azan berkumandang dari beberapa masjid yang menandakan masuknya waktu solat Isyak. Beta masuk ke kawasan Haram melalui pintu As Salam dan setelah sampai di Makam Ibrahim, beta berdiri dan mengerjakan solat seperti yang telah ditetapkan. Selepas itu beta mengerjakan tawaf Selamat Datang dan mengerjakan saie di Safa dan Marwa…"

Turut diceritakan bagaimana Sikandar Begum terpaksa meminta bantuan Sharif Makkah bagi mendapatkan empat pengawal untuk mengawal orang ramai mengerumuni baginda dan selesa untuk baginda mengerjakan haji. Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga Begum turut memakai purdah bagi mengelakkan dirinya daripada dikenali.

6) MALCOM X, AMERIKA SYARIKAT (IBADAH HAJI 1964 M)

Malcom X atau nama Islamnya El-Hajj Malik El Shabazz adalah antara individu keturunan Afrika Amerika yang paling berpengaruh dalam sejarah moden dan pergerakannya dalam Nation Of Islam sebelum keluar daripada pertubuhan itu pada tahun 1964.

Pada tahun itu juga beliau menunaikan haji. Di sana beliau menghadapi pengalaman yang agak kurang menyenangkan. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Jeddah disebabkan beliau tidak boleh berbahasa Arab ditambah dengan pasport Amerika Syarikat yang dipegangnya, beliau terkandas hampir 20 jam di lapangan terbang itu walaupun telah lengkap berpakaian ihram.

Pihak berkuasa Arab Saudi menguatkuasakan peraturan yang cukup ketat bagi memastikan bukan Islam tidak terlepas masuk ke Mekah. Akhirnya Hajj Committee Court mengesahkan beliau sebagai seorang Islam dari Amerika.

Malcom kemudiannya menerima undangan khas dari Putera Faisal.

Thursday, November 5, 2009

Haji Tamatuk, Qiran kena dam

MENUNAIKAN ibadat haji diwajibkan kepada individu Muslim sekali seumur hidup. Haji tidak hanya menjalani kursus serta membaca buku panduan semata-mata.

Bagi mendapatkan haji terbaik, kita perlu ada inisiatif tersendiri seperti membuat kajian terperinci, berbincang dan menimba pengalaman dengan mereka yang pernah menunaikan haji.


Haji bukannya amalan ritual biasa yang bersifat fardu (individu) semata-mata namun ia berbentuk jamaie (berkumpulan).

Di Tanah Suci, kita diuji dengan pelbagai cara seperti cabaran emosi bagi melihat keimanan hamba-Nya.

Jemaah haji perlu memantapkan diri dengan ilmu sejarah nabi supaya penghayatan kita lebih kukuh di Makkah.

Yang paling penting mereka perlu melengkapkan satu persatu rukun haji dan kegagalan mengerjakan salah satu daripadanya secara sengaja atau tidak akan menyebabkan terbatal hajinya.

Antara rukun haji adalah niat, wukuf di Arafah, tawaf (rukun ini juga dikenali sebagai tawaf ifadah), saie, bercukur atau bergunting dan tertib.

Selain itu, haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu Haji Tamatuk, Haji Ifrad dan Haji Qiran yang berbeza setiap satunya.

Haji Tamatuk bererti bersenang-senang iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji dan selepas selesai mengerjakan umrah mereka tidak terikat lagi dengan pantang larang ihram.

Hanya apabila sampai waktu, barulah berihram untuk mengerjakan haji. Haji Tamatuk dikenakan dam iaitu menyembelih seekor kambing atau berpuasa 10 hari (tiga hari di Makkah dan tujuh hari di tanah air).

Allah berfirman yang bermaksud: “Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa mengerjakan ibadah haji, (dia boleh melakukannya kemudian wajiblah dia menyembelih dam yang mudah didapati. Jika dia tidak dapat mengadakan (dam), hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing), semuanya itu sepuluh hari cukup sempurna.” (Surah al-Baqarah ayat 196).

Dam yang dikenakan itu bukan merujuk kepada kesalahan tetapi ketetapan syarak.

Haji Ifrad maknanya berasingan iaitu mengerjakan haji dan umrah secara berasingan di mana mengerjakan haji dahulu hingga selesai dan mengerjakan umrah dalam tahun itu atau dikerjakan umrah sebelum menjelang bulan haji.

Jemaah perlu berniat di Miqat sebelum masuk ke Makkah (jika dari Malaysia naik kapal terbang Miqatnya di Qarnul Manazil) sebelum kapal terbang sampai di Jeddah. Haji Ifrad tidak dikenakan dam.

Manakala Haji Qiran bererti bersama-sama, jadi ibadat haji dan umrah dikerjakan secara serentak dan haji jenis ini wajib dikenakan dam.

Sewaktu di Miqat jemaah perlu berniat serentak haji dan umrah. Berhubung dengan kebolehan mengerjakan haji Qiran ini Rasulullah bersabda: Dari Ibnu Umar r.a berkata, bahawa Rasulullah bersabda: Sesiapa mengerjakan haji bersama umrah (Qiran) maka sah dia kerjakan satu tawaf dan satu saie sahaja untuk kedua-dua haji dan umrah itu,” (Riwayat Tarmizi).

Perbezaan ketara dalam melakukan ketiga-tiga haji itu adalah, bagi cara Ifrad, umrah dilakukan di luar bulan haji sama ada dilaksanakan dahulu dalam tahun yang sama ataupun selepas bulan haji. Manakala bagi cara Tamatuk dan Qiran pula umrah dilakukan dalam bulan haji.

Manakala dam yang disebutkan di atas adalah adalah darah sembelihan yang merujuk kepada binatang tertentu. Penggantinya adalah makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang meninggalkan satu atau perkara wajib dalam ibadat (haji dan umrah) ataupun perkara yang dilarang semasa berihram atau melakukan Haji Tamatuk dan Qiran. Dam turut dikenali sebagai fidyah.

Antara sebab-sebab seseorang dikenakan dam adalah:

1. Meninggalkan perkara-perkara wajib haji dan umrah.

2. Melakukan perkara-perkara yang dilarang sewaktu dalam ihram.

3. Memilih Haji Tamatuk dan Qiran.

4. Tidak dapat wukuf di Arafah.

5. Tertegah (ihsar) perjalanan ke Makkah sedangkan seseorang itu sudah berihram.

6. Meninggalkan tawaf wadak bagi mereka yang tidak uzur syar’ie.

Syarat binatang yang boleh dijadikan dam adalah (berkaki empat ) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my